Wednesday, March 1, 2000

SOTONG KUKUS ALA THAI

Bahan-bahannya:

Sos:


5 tangkai cili padi

4 ulas bawang putih

3 tangkai akar daun ketumbar

1 sudu makan gula

1 sudu makan sos ikan atau kicap sotong

3 biji limau nipis (jus sahaja)

1/2 biji limau nipis (potong dadu)

3 tangkai daun ketumbar dihiris halus

Sotong kukus:


4 ekor sotong (saiz sederhana besar)

2 batang serai

1 inci halia

15 helai daun limau purut


Cara-caranya:


Kukus sotong diatas semua bahan. Tumbuk cili padi, bawang putih, akar daun ketumbar sehingga hancur. Campurkan dengan semua bahan yang lain. Siramkan sos ke atas sotong yang telah di stim. Hidangkan.



No comments:

Post a Comment