Wednesday, March 1, 2000

SUP SUHUN TELUR

Bahan-bahannya:

6 biji ubi kentang (potong 4)

3 biji telur ayam

1 peket suhun (direndam terlebih dahulu)

2 peket fucuk tauhu (direndam terlebih dahulu, dan dipotong

sederhana)

1 sudu besar udang kering

3 ulas bawang kecil (dimayang)

2 ulas bawang putih (dimayang)

garam secukup rasa

3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:


Tumis bawang bawang yang dimayang sehingga kekuningan. Masukkan udang kering, tumis sehingga naik bau. Masukkan kentang, tumis bersama bawang dan udang kering. Masukkan garam dan serbuk perasa sekiranya perlu. Masukkan air, biarkan sehingga mendidih. Pastikan ubi telah hampir empuk. Masukkan suhun dan fucuk tauhu (ditos terlebih dahulu). Biarkan seketika sup masak. Pastikan ubi telah empuk, kecilkan api. Pecahkan telur, masukkan satu persatu di dalam sup (jangan dikacau sup tersebut). Biarkan seketika sehingga telur masak. Tutup api, sedia untuk dihidangkan.



No comments:

Post a Comment