Monday, January 10, 2000

ACAR LIMAU NIPIS MAMAK

Penyediaan Limau:

6-7 biji limau nipis yang berwarna kuning (hijau pahit sikit) dan tidak ada bintik-bintik hitam di kulit luarnya. Basuh bersih. Kalau cara penyediaan tradisi, potong buang bhg tangkai dan potong empat bahagian di atas sedalam 1/2" - 3/4". Jangan putus pulak potongan anda. Sumbatkan garam dalam potongan tadi. Biasanya limau ini dijemur diluar kepanasan matahari selama satu atau dua minggu untuk ia lembut.

ACAR MAMAK

Bahan-bahan

1 kg timun } potong memanjang,
2 batang carrot } celup dlm air mendidih
1/2 cawan halia } 30 saat, tos air
5 biji bawang merah } hiris
5 ulas bawang putih } hiris
1 batang kulit kayu manis
1/4 cawan udang kering } goreng, kisar halus
1 cawan serbuk cili
2 sudu makan biji sawi
1 cawan gula
1/2 cawan cuka } cuka epal pun boleh
1 cawan minyak
garam secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

Goreng bawang merah, bawang putih dan kayu manis. Masukkan biji sawi, kemudian serbuk cili. Diikuti cuka, gula dan garam. Kemudian gaul dgn timun, carrot, halia dan udang kering.

AYAM BAKAR MASALA

Bahan-bahan: 

Ayam satu ekor
Garam Masala 1 sudu makan*
Briyani Masala 1sudu makan*
Kisaran Bawang putih dan halia 1 sudu makan*
Serbuk cili 1 sudu makan*
Serbuk kunyit 1 sudu makan*
Serbuk lada hitam 1 sudu makan*
Plain yougart 2 sudu makan*
Lemon jus 2 sudu makan
Warna Tandoori (merah) 1 sudu makan*
Minyak zaitun (olive oil) 1 sudu makan*
Garam secukup rasa*
Gula 1 sudu makan*

NASI BUKHARI AYAM

Bahan-bahan:

Penyediaan Ayam:

1 ekor ayam yang berat 1.6 - 1.8 kg potong 8 ketul. Sekiranya anda dapat beli cuma 8 peha ayam penuh ia lebih molek. Bersihkan ketulan ayam dan peramkan dengan 1/2 kecil sudu kecil (tsp) garam, 1/2 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit dan secubit lada hitam selama 30minit - 1jam.

ACAR TIMUN NENAS

Bahan-bahan:

- Timun
- Nenas
- Cili Merah
- Bawang Besar
- Cuka
- Gula
- Garam

Cara Menyediakannya:

Potong timun, nenas, cili merah, lobak merah, bawang besar mengikut citarasa masing. Satukan semua bahan dan gaulkan bersama sedikit cuka, garam dan gula. Kacau rata dan sebati. Siap untuk dihidang.

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK

Bahan-Bahan:

a). 1 ekor ayam (1.7kg - 1.6kg) dipotong 16. Masukan serbuk kunyit 1 sudu kecil dan garam 1 sudu kecil. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak.

KUEY TEOW GORENG

Bahan-bahan Tumis:

2 ulas Bawang merah (hiris halus)
3 ulas Bawang putih (hiris halus)
2 sudu cili giling
1 1/2 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1 sudu cili sos
Garam dan perasa secukup rasa

SOTONG GORENG KUNYIT

Bahan-bahannya:

Sekilo sotong
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
6 biji cili potong 2
1 sudu makan serbuk kunyit
Sehelai daun kunyit hiris besar2
Sedikit garam dan serbuk perisa

Cara Memasaknya: 

Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau. Masukkan serbuk kunyit. Masukkan sotong. Dah separuh masak masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perisa. Masak jangan terlalu lama. Bila sotong sudah kembang, boleh lah diangkat. Sotong akan liat dan keras jika masak terlalu lama.


SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahannya:

1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
garam secukup rasa

SOTONG CILI PADI PETAI

Bahan-bahannya: 

Bawang merah
Bawang putih
Cili api campur sikit yg merah
Serai
Petai
Sotong

Cara memasaknya:

Kisar semua kecuali serai, petai dan sotong, serai dititik. Tumis semua yg di blend tadi, masukkan serai, petai, sotong dan perasa. Goreng sehingga sotong masak.