Monday, January 10, 2000

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH MAMAK

Bahan-Bahan:

a). 1 ekor ayam (1.7kg - 1.6kg) dipotong 16. Masukan serbuk kunyit 1 sudu kecil dan garam 1 sudu kecil. Gaulkan rata dan goreng sehingga separuh masak.

b). 3 Biji bawang besar (dikisar halus). Kisaran 1:1 dengan air. Jangan terlalu cair. Tujuan bawang merah ialah untuk mendapatkan kuah. Sekiranya anda tidak mahu kuah anda boleh kurang jumlah bawang merah. Kegunaan bawang merah dalam masakan resipi nasi kandar adalah digunakan sebagai kuah. Dengan sebab inilah kuah lauk nasi kandar pekat.

c). 1 biji bawang besar dihiris halus untuk menumis.

d). 1 sudu besar Pes Bawang Putih dan Halia.

e). 1 sudu kecil serbuk lada hitam.

f). 3 sudu besar kicap pekat. (kicap ini ada beberapa jenis seperti kicap cair, kicap manis lemak, kicap pekat mee dan juga kicap pekat karamel. Anda gunakan kicap Mee Yakin. Ia punyai rasa dan kemasinan yang sederhana). Kehitaman masakan terpulang pada cita rasa anda. Kalau ingin gelap gunakan kicap 'kramel' untuk elak kemasinan kicap pekat biasa.

g). 1 sudu besar sos tiram.
h). 1 sudu besar sos cili.
i). 1 sudu kecil air limau nipis.
j). 1 sudu kecil serbuk Jintan manis.
k). 1 sudu kecil serbuk Jintan putih.
l). 1/2 sudu kecil serbuk kas-kas ( dikecualikan).
m). 1 sudu besar serbuk cili.
n). 2 sudu besar rempah kari Daging.
o). 1/2 sudu kecil garam masala.
p). 3 kuntum bunga lawang, 1 inci kulit kayu manis, buah pelaga 3.
q). 1 batang serai yang telah di ketuk.
r). Garam , Gula secukup rasa.

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak, masukkan serai yang telah diketuk, serdehanakan api dapur dan tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga. Apabila naik baunya, masukkan hirisan bawang. Goreng sehingga bertukar warna keemasan. kecilkan api, masukan pes bawang putih halia sehingga baunya naik. Masukkan serbuk, jintan putih, manis, serbuk kari, serbuk cili. segera masukkan kisaran bawang. sedehanakan api dapur dan gaulkan semua rempah serata, barkan ia mendidih.

2. Masukan sos cili, tiram, kicap, serbuk lada hitam. Masukan potongan ayam yang telah goreng separuh masak. Kecilkan api dan biarkan di reneh selama 20 minit - 25 minit untuk separuh lagi isi ayam masak. Biasanya daging ayam yang telah masak boleh tentukan dengan bahagian peha ayam daging urat mula gelembong dan cuba putus dari tulangnya. masa inilah anda tentukan kepekatan kuah yang anda inginkan.

3. Rasa kemasinan. Kerana kicap dan sos tiram yang digunakan biasanya mempunyai kemasinan yang berlainan mengikut pembuat. Sekiranya kurang masin tambahkan garam. Kalau anda terasa masin anda boleh gunakan gula atau serbuk perasa untuk mengurangkan kemasinan itu.

4. Tutup api dapur dan masukan perahan air limau 1 tsp . Keluarkan masakan dan hidang dengan taburkan bawang goreng. Hidangan telah sedia. Kanak-kanak amat gemarkan resepi ini. Untuk kanak-kanak pastikan minyak dan kepedasan perlu dikurangkan.

5. Apabila hidangkan gunakan tiga warna seperti warna oren - karot. Warna hijau - celery atau pun daun sup dan daun bawang/ daun pudina. merah - Cili Merah. Warna unggu - Hirisan bawang bulat.

No comments:

Post a Comment