Wednesday, March 1, 2000

PUDING PEACH

Bahan-bahannya:

1 bungkus agar agar bertali tu (50 gram)

2 biji telur

1 tin buah peach

1 tin susu cair

gula secukupnya ikut kemanisan yang anda suka

air secukupnya

Nota: Bila guna agar agar tali sukat air ikut saiz plastik agar agar dan lebihkan sedikit. 


Cara-caranya:


Basuh agar agar tali, potong potong dan rebus hingga hancur. Tapis dan masukkan balik dalam periuk, masak dan masukkan gula. Masak hingga gula hancur. Kisar buah peach, telur dan susu cair. Masukkan dalam agar agar yang dah masak tu. Cedok sikit sikit buih buih di bahagian atas hingga tiada lagi buih yang tinggal. Sentiasa kacau dan masak hingga mendidih. Letak dalam acuan kecil atau loyang kegemaran, biarkan sejuk atau boleh terus masuk peti sejuk. Selepas 2-3 jam di dalam peti sejuk sudah boleh dimakan.



No comments:

Post a Comment