Wednesday, March 1, 2000

PUDING CENDOL MELAKA

Bahan-bahannnya:

10 gram serbuk agar agar

150 - 200 gram cendol

4 cawan air

1 cawan gula

1 kotak kecil santan

1 sudu teh garam

Langkah 1: Bahan A


Cara Penyediaan:


Didihkan 4 cawan air, masak agar agar kemudian masukkan satu cawan gula. Masak hingga agar agar dan gula menjadi larut (mendidih). Sudah mendidih, masukkan cendol yang sudah ditapis airnya, tunggu mendidih sekejap dan tutup api. Masukkan santan kotak, kacau rata kemudian masukkan garam, kacau rata sehingga semua sebati. Masukkan dalam acuan, sejukkan. Selepas puding beku, corak carikkan dengan garpu permukaan atas.


Langkah 2: Bahan B


10 gram serbuk agar agar

5 cawan air

200 gram gula melaka (diracik racik)

3 helai daun pandan


Masukkan semua bahan Langkah 2 ke dalam periuk, masak dengan api yang perlahan, supaya daun pandan sempat kuar bau dan aromanya. Selepas mendidih, tapis dan tuang ke dalam bekas puding cendol tadi. Sejukkan normal dalam 30 minit. Selepas tu bolehlah masuk peti ais.


Tips untuk acuan: Basahkan dengan sedikit air supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.



No comments:

Post a Comment