Thursday, March 2, 2000

MEE CELUP ALA THAI

Bahan-bahannya:

Sup:


2 kilo tulang dan daging dan perut

rempah sup bunjut

akar ketumbar

bawang putih goreng

lada hitam satu sudu besar

2 inci halia

seinci lengkuas

4 sudu makan sos ikan

4 sudu makan kicap

1 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan-bahan lain:


mee/bihun/kue teow

serbuk lada putih

daun sup, daun bawang

kacang goreng

bawang goreng

lobak masin

limau nipis

sawi/taugeh/kangkung

lada besar hijau


Cara-caranya:


Rebus tulang, daging dan perut hingga empuk. Lepas tu masukkan sup bunjut tulang adabi. Tumbuk akar ketumbar dan lada hitam. Masukkan dalam periuk bersama bawang putih. Masukkan halia, lengkuas, kicap, sos ikan. Perasakan dengan garam, gula dan lada sulah. iarkan sup mereneh dan meresap dalam daging. Sesuaikan rasa. Tambahkan taugeh semasa menghidang. Jangan direbus sekali.


Bahan-bahan tambahan,


Lada jeruk dan air lada.



No comments:

Post a Comment