Thursday, February 3, 2000

RENDANG IKAN TONGKOL

Bahan A:

1 ekor ikan tongkol (ambil isi sahaja)
3 cawan santan dari sebiji kelapa
2 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit (dihiris halus)
3 helai daun limau purut (dikoyak)
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan B: dikisar

15 tangkai cili kering atau 30 biji cili padi hijau
5 biji cili api
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
Amie tambah 2 inci kunyit hidup
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis

Cara-cara memasaknya:
Potong ikan dan bersihkan. Panaskan minyak dan tumis Bahan B. Kacau hingga pecah minyak. Masukkan ikan tongkol, santan, kerisik, daun limau purut, garam dan asam gelugur. Masak hingga pecah minyak dan pekat. Masukkan daun kunyit. Kacau rata dan angkat.

No comments:

Post a Comment