Thursday, February 3, 2000

RENDANG JOHOR

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam, dipotong kecil
4 sudu besar tomato puri
1 tin Krimer Sejat
2 batang serai, diketuk
2 helai daun limau purut
Jus dari setengah biji lemon
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan untuk perapan ayam:

2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk dikisar:

3 batang serai
2 inci lengkuas
2 biji tomato
5 ulas bawang putih
3 biji bawang besar
4 biji buah keras
20 tangkai cili kering, dibuang biji
5 biji cili merah, dibuang biji

Bahan-bahan untuk ditumis:

3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis

Bahan hiasan:

Daun ketumbar, dicincang
Daun bawang, dicincang

Cara-cara memasaknya:

Perap ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 30 minit. Panaskan kuali dengan minyak secukupnya untuk menggoreng, goreng ayam sehingga separuh masak. Dalam kuali berasingan, tumis biji buah pelaga, bunga lawang dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Tambahkan tomato puri bersama-sama bahan kisar dan terus tumis sehingga pecah minyak. Masukkan ayam diikuti Krimer Sejat dan gaul rata sehingga semuanya sebati. Biarkan ayam mereneh dalam kuahnya sehingga pecah minyak. Selepas itu, masukkan serai yang diketuk, daun limau purut dan jus lemon. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kemudian, tambahkan air sehingga mencapai kepekatan kuah yang diingini. Gaul rata sehingga semuanya sebati dan renehkan sebentar. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang sebelum dihidang bersama nasi atau ketupat.

No comments:

Post a Comment