Thursday, February 3, 2000

RENDANG MAMAN GEMENCHEH

Bahan-bahannya:

1 kg daging (boleh ganti 1ekor ayam kampung atau itik atau 10 ekor puyuh)
2 kg sayur maman (sila gugel)
2 kg santan atau 6 biji kelapa (perlu banyak santan)
Cili api
8 keping asam gelugor
2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa

Cara-cara memasaknya:

Siang daun maman, basuh dan tos terlebih awal supaya daun maman tidak terlalu basah. Bersihkan daging dan masukkkan ke dalam kuali. Kunyit dan cili api dikisar dan campurkan ke dalam daging tadi. Kecutkan daging bersama air cili tadi sehingga agak kering, baru masukkan santan (kalau kelapa parut, perah lah terlebih dahulu, ambil santan pekat pekat). Kalau bahan daging tadi agak keras masukkan dulu santan cair. 

Kalau tiada santan cair, masukkan air cili kisar tadi lebih lebih. Kacau bahan daging dan air cili itu supaya rata. Masukkan garam. Kalau puyuh, dagingnya lembut, eloklah dikeluarkan dulu dan biarkan santan itu mendidih sampai pekat. Setelah pekat masukkan asam keping. Nampak santan tersebut sudah terbit minyak dan pekat baru masukkan daun maman tadi. 

Jangan dikacau terlalu kuat, kerana dikhuatiri keluar air pahitnya. Buat perlahan2 supaya daunnya semua layu dan tenggelam. Setelah semuanya layu, barulah dikacau rata-rata dan rasa garamnya. Biarkan ramuan tersebut pekat semula dan terbit minyak, barulah boleh diangkat untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment