Thursday, February 3, 2000

RENDANG AYAM ALA SARAWAK

Bahan A:

1 ekor ayam (boleh diganti daging)
Santan (1 biji kelapa)
4 helai daun kunyit (dihiris halus)
Kerisik (1/2 biji kelapa)

Bahan B:

1 inci halia (dikisar)
4 biji bawang merah (dikisar)
10 biji bawang putih (dikisar)
½ sudu tepung kunyit
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 batang serai (ditumbuk)
Beberapa biji cili padi (ikut selera sendiri)

Cara-cara memasaknya:

Cuci ayam sampai bersih, toskan dan gaulkan dengan bahan B. Masak ayam sehingga keluar air ayam itu sendiri. Masukkan santan sedikit demi sedikit. Selepas itu masukkan kerisik dan daun kunyit. Pastikan ayam masak sampai empuk dan masuk kan garam dan perasa mengikut citarasa sendiri. Akhir sekali biar kan air santan kering dan padamkan api apabila ayam sudah benar2 masak.

No comments:

Post a Comment