Sunday, January 9, 2000

AYAM MASAK ROS NASI KANDAR

Bahan-bahan:

- 1 ekor ayam (1.6 - 1.8kg). Bersihkan. Potong 12 ketul.
- 1/2 Tin ( bersaiz 225gm) "Kimball Sup Tomato".
- 3 sudu besar tomato puri / 1 tin kecil.
- 1/2 Tin Susu cair/sejat.
- 1 helai pandan dipotong 2" panjang untuk tumis bersama.
- 2 biji bawang besar dihiris *memanjang (cara nasi kandar).
- 2 btg. kayu Kayu manis berukuran 2" panjang, 3 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga dan 5 kuntum cengkih untuk menumis.
- 1 Senduk minyak masak untuk menumis dan minyak yang secukup untuk mengoreng ketulan ayam.

- 1 sudu besar (tbsp) serbuk jintan putih.
- 1 sudu kecil (tsp) serbuk jintan manis.
- 1 sudu kecil kas-kas (tidak kemestian),
- 1 sudu kecil garam masala.
- 2 sudu besar serbuk cili ( ikut kepedasan anda perlukan).
- Sedikit perwarna merah oren jika anda gagal dapatkan warna kemerahan. Biasa cili merah ini berbagai jenis kadang-kala kita tak dapat warna yang dikehendaki.
- 100gm santan pekat tidak kemestian.
- 2 sudu besar pes halia bawang putih.
- Garam dan gula secukupnya rasa.
- Sedikit daun pudina atau daun saderi dan bawang goreng untuk dihias atas hidangan.

Bahan-bahan Kisar:

-10 biji cili merah atau 15 tangkai cili kering direbus dan dikisar.
-1 batang karot sederhana besar.
-1 biji bawang labu besar.
-100gm biji badam direndam air panas, dibuang kulit dan dikisar halus.
*Sekiranya anda tidak punyai pes bawang putih halia gunakan 5 ulas bawang putih dan 2 inci halia. Tumbuk lumat saja tak payah blender.

Cara Memasaknya:

1). Bersihkan ketulan ayam. Masukan garam dan sebuk kunyit. Gorengkan ketulan ayam itu sehingga 3/ 4 masak sahaja. Ayam gorengan yang garing menjadikan ketulan ayam keras dan sukar rempah untuk menyalutinya. Sekiranya menggunakan ayam kampung disyorkan tidak perlu digoreng.

2). Kisar bawang dengan air untuk jadikan kuahnya dan asingkan.

3). Kisar karot dan bersama cili hidup dan asingkan.

4). Panaskan kuali dan masukkan minyak masak (minyak berlebihan gorengan ayam tadi boleh digunakan). Masukan rempah ratus kayu manis dan serai dan daun pandan. Apabila bau harum mula dikeluarkan masukan hirisan bawang besar. Tumis sehingga bawang bertukar warna keemasan (jangan hangus).

5). Masukan pes bawang putih+Halia, tumis sektika hingga naik baunya, air bawang kisar, hasil kisaran cili+ carrot dan juga biji badam yg telah dikisar. Masukkan sup tomato dan tomato puri dan juga susu sejat.Tumiskan sehingga bahan gorengan ini keluarkan bau haruman dengan api yg perlahan (ini amat mustahak supaya kuah ayam masak merah tidak berbueh semasa dihidangkan).

6). Masukan serbuk cili, serbuk jintan putih,jintan manis. Anda perlu adunkan dengan air sedikit utk jadikan pes supaya tidak menjadi ketulan terapung. masukkan pula badam yang telah kisar dan susu sejat.

7). Bila kuah mula pecah minyak dan kepekatan yang dikehendaki, masukkan 100 gm santan pekat.

8). Masukan Gula, dan garam secukup rasa.

9). Biarkan sebatian mendidih. Masukan ketulan ayam yang telah digoreng. Kacau rata kuah supaya tidak hangus dan kuahnya sebati dengan ketulan ayam. kecilkan api apabila kuah mendidih (biasa 15min.- 20min sudah memadai) bawa ke keadaan renehan.

10). Apabila kuah pecah minyak, bolehlah dikeluarkan untuk hidangan. Hidangkan dengan daun pudina dan bawang goreng (siap) di atas hidangan bagi menambahkan lagi bau yang harum.

No comments:

Post a Comment