Sunday, January 9, 2000

DALCA MAMAK

Bahan-bahan:

1/2 kg tulang kambing bhg rusuk atau tulang ayam (rangka) di potong ikut selera.

300 gm Kacang Paruppu biasa (Australia). Direbus bersama tulang kambing. Sehingga empuk (45minit). *Jangan sekali simpan kacang paruppu yang belum masak ke dalam peti sejuk, sampai esok pagi anda tidak dapat kacang parrupu itu empuk atau masak. Kalau ingin masak cepat gunakan pressure cooker yang tak ada “pressure cooker” masukan satu sudu kedalam kacang parrupu yang sedang rebus untuk cepat masak.

2 btg karot sederhana, di kupas kulit dan dipotong 45 darjah tebal 5-8 mm jangan terlalu nipis.

2 biji terung bulat dipotong empat dan dipotong sekali lagi setiap
4 x 2 bahagian, selepas potong tentukan potongan terung ini direndam dalam basin atau mangkuk yg berisi air untuk mengelakan terung menjadi lebab dan kehitaman setelah masak.

1/2 kg ubi kentang sederhana besar. Kupas kulit dan potong 4 x 2 (cara potongan 45 darjah). Rendam ubi dalam mangkok berisi air supaya tidak lebam.

*Pisang muda kari atau Mangga Muda boleh juga masukkan. Tentukan ia tidak lebam, rahsianya rendam dalam air sehingga digunakan.

1 tsp Jintan Putih.
1 tsp Jintan Manis.
1 tsp Kas-Kas.
1 tsp serbuk kunyit.
3 pokok pudina.
3 sudu besar rempah daging.

Bahan-bahan kisar:

1 ulas bawang putih.
3 inci Halia.
1 biji bawang Besar.

Bahan-bahan menumis:

2 biji bawang besar dihiris .
2 btg kayu manis, 5 biji cengkih , 3 biji bunga lawang , 3 biji buah pelaga.
* Bahan kisar bawang putih, halia dan bawang merah.
Minyak untuk menumis.

Cara Memasak:

1). Selepas parrupu telah rebus dan masak secukup (kacang paruppu akan hancur) masukan Karot, Terung dan kentang ke dalam rebusan tadi. Kepekatan Dalca adalah keadaan air yang anda rebus parrupu. Kacang parrupu perlu hancur dan akan memberi kepekatan kuah. Rahsia kepekatan Dalca ialah kacang parrupu masak dan hingga hancur berbentuk paste. Semasa memasak kacang paruppu mestilah pentingkan keadaan kuatiti air yang cukup…dan jangan terlalu banyak air digunakan untuk memasak. Dan jangan pulak biarkan kacang parrupu hangus…kalau hangus…Dalca anda juga Hangus dan tidak boleh digunakkan.

2). Rebusan paruppu kalau perlu tambahkan air dan masukan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk kari daging, serbuk kunyit dan kacau serata. Apabila ubi kentang mulai empuk ( cooked). Maka kuah anda sudah telah sedia. Anda boleh masukkan sedikit santan atau susu cair kalau ingin perlemakan kuah anda. Kecilkan api dapur.

3). Tumis semua bahan -bahan seperti di atas dan masukkan dalam rebusan kuah parrupu bersama dengan tulang, ubi , karot dan Terung dan rempah. Jangan hangitkan. Tumis perlu lakukan bermula dengan panaskan minyak, masukkan rempah ratus (kayu manis, bunga lawang dan lain2) , bila wangi masukkan bahan kisaran…bila wangi masukkan hirisan bawang….bila bawang mula keluarkan bau harum…tutup api dapur dan daun kari. Jangan hangitkan. Masukan garam secukup rasa.

4). Masukan daun pudina dan tutup tudung periok anda. Dalca anda sedia dihidangkan. Kalu anda buka tudung pasti wangian masakan Dalca anda boleh menusuk hidung untuk bangkitkan selera.

No comments:

Post a Comment