Sunday, January 9, 2000

RASAM MAMAK

Bahan-bahan:

5 tomato (bersaiz sedang dikerat empat bahagian).
1 biji bawang merah labu dihiris.
8 biji bawang putih dibuang kulit dan diketuk. 
Asam Jawa bersaiz bebola lemon di larutkan dalam 1 cawan air.
2 tangkai cili hijau dibelah dua.
1/2 sudu besar biji lada hitam.*
2 sudu kecil garam atau secukup rasa.
5 cawan air.
3 sudu rempah nana tanjung rasam

Bahan Utk Tumis Darat:

1 sudu kecil biji sawi.
1 sudu kecil biji jintan putih.
10 helai daun kari atau dua tangkai.
4-5 tangkai cili kering dipotong dua.
2 sudu besar minyak untuk menumis.

Cara Memasak:

1. Perah asam jawa dengan 1 cawan air. Asingkan.

2. Masukkan 5 cawan air kedalam periok bersama dengan tomato, bawang putih dan bawang yang telah dihiris. Mendidihkan air.

3. Perlahan api dapur dan masukkan semua rempah-rempah yang telah dijadikan serbuk dan reneh selama 15 minit. Setelah agak mendidih, masukkan air asam, gula dan garam. Pastikan rasam tidak mendidih. Rasam selepas masukkan air asam jawa perlu reneh dalam masa 10 -15 minit.

4. Sediakan tumis darat dengan panaskan kuali, masukkan minyak masak. Bila minyak panas masukkan biji sawi. Bila rempah ini mula meletup (awas jangan sampai hangit, ia akan pahitkan rasa nanti), masukkan daun kari, cili kering dan serbuk kunyit dan serbuk astofieda.

5. Bila cili kering mula garing, keluarkan kuali dari api dapur dan hasil gorengan tadi, masukkan dalam bekas rasam. Dah siap.

6. Rasam anda telah siap. Paling mudah dan cepat sekali.

7. Rasam dibuat dengan berbagai cara dan jenis. Ini adalah rasam tomato paling mudah dan lazat. Rahsia cara buat rasam ialah, “jangan sekali-kali mendidihkan rasam setelah masukkan rempah”. Cara masak rasam adalah cara simmering iaitu cuma bahagian atas rasam yang mengelegak dengan api dapur yang kecil.

No comments:

Post a Comment