Tuesday, February 8, 2000

MEE CHAMPA

Bahan kuah:

1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand (potong 4)
3 biji bawang besar (potong 4)
2 inci lengkuas (hiris nipis)
seekor sotong kering sebesar tapak tangan 
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
daun ketumbar seikat
daun bawang
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging 

Cara-cara memasaknya:

Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth. Caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30 minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran, kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali. Selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih atau keruh. Jika ada buang lagi airnya dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang sahaja sehingga 5 atau 6 jam.

Sementara daging kita empuk, bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering, kayu manis dan cengkih. Masukkan bahan2 yang kita bakar tadi ke dalam rebusan tulang. Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang. Rebuslah dengan api perlahan. Sup ni sangatlah sedap jika makan panas-panas.

Semasa ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee, gunakan penapis supaya bawang dan segala rempah tak masuk dlm mangkuk.

Sambal lada:

4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam

Cara-cara membuatnya: Rebus sehingga layu bahan-baha bertanda (*) diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap.

Minyak bawang putih:

3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus 
1 cawan minyak jagung

Cara memasaknya: Panaskan minyak dan masukkan bawang putih, goreng sehingga kekuningan dan tutup api. 

Bahan tambahan:

kuey teow atau mihun atau mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu

Cara-cara menyediakannya:
Masa nak makan, boleh letak sedikit kicap, perah asam limau, sambal lada (cili flakes), minyak bawang putih serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis. Bahan tambahan ini akan menjadi penyedap.

No comments:

Post a Comment