Tuesday, February 15, 2000

PULUT AYAM SIAM

A). BAHAN AYAM GORENG 

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam (potong 4, direbus 10 minit dan toskan)
2 sudu besar biji ketumbar (kisar)
2 sudu teh jintan manis (kisar)
2 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
halia sebesar ibu jari (kisar)
2 ketul serbuk pati ayam (kisar)
2 sudu besar serbuk cili
5 sudu besar tepung beras

Cara-cara memasaknya:

Gaul ayam dengan semua bahan kisar dan serbuk cili dan perap selama 30 minit. Panaskan minyak, salut tepung beras pada ayam tadi dan terus goreng. Pastikan ayam tidak digoreng terlalu lama kerana ayam sudah direbus tadi. Bila warna sudah keperang-perangan dan ayam sudah masak, angkat dan toskan. Siap. 

B). BAWANG GORENG RANGUP: Bahan ini paling penting kena ada untuk makan bersama pulut ayam. Bahan-bahannya: 10-15 biji bawang merah kecil, 2 sudu tepung beras dan secubit garam. Cara-caranya: Keringkan bawang selepas dicuci kemudian dihiris nipis nipis. Gaul dengan tepung beras dan garam. Goreng hingga garing. 

C). SOS PENCICAH

1 botol sos pencicah Thai
1/2 botol sos cili Thai
3 sudu besar sos plum
2 biji cili merah (lada besar merah)
6 biji cili padi
5 ulas bawang putih
3 - 4 akar ketumbar
1/2 cawan air
garam dan gula

Cara-cara memasak:

Tumbuk cili merah, cili padi, bawang putih dan akar ketumbar hingga lumat. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama soso pencicah thai, sos cili thai, sos plum dan air. Kacau campuran sehingga mendidih. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 

D). PULUT TANAK

Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut
2 1/2 cawan air
1 sudu besar minyak masak
sedikit garam

Cara-cara memasaknya:

Basuh pulut dan toskan kemudian masukkan ke dalam periuk bersama air, garam dan minyak. Tanak pulut sehingga masak. Sedia dihidangkan dengan ayam goreng, bawang goreng dan sos. 

No comments:

Post a Comment