Thursday, February 10, 2000

TALAM KEPITING RINDUKAN BULAN

Bahan-bahannya:

6 ekor ketam sederhana besar
300 gram udang kecil
2 sudu kecil serbuk kari ikan
3 tangkai daun bawang
4 sudu kecil mayonis
1/2 cawan serbuk roti
1 sudu besar mentega
1 cawan air rebusan ketam
1/2 cawan sos cili
1 biji telur

Cara-cara memasaknya:

Ketam dibuang kulit belakang kemudian rebus di dalam sedikit air. Sejukkan dan keluarkan isi ketam dari kulitnya. Udang dibuang kulit dan dicincang. Gaulkan isi ketam dan udang tadi bersama serbuk kari dan daun bawang yang telah dihiris. Masukkan mayonis dan sos cili kemudian kacau sebati bersama air rebusan ketam dan telur. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam kulit ketam hingga penuh kemudian taburkan serbuk roti dan renjiskan dengan mentega cair. Bakar selama 20 minit. Jangan buang  kulit ketam kerana ia akan diguna semula untuk mengisi adunan intinya. Gunakan air rebusan ketam tadi untuk mencelur udang sebelum dicincang. 

No comments:

Post a Comment