Thursday, February 10, 2000

SALAD LIMAU SOS SUSU

Bahan-bahannya:

1 biji epal merah (potong dadu)
1 biji limau mandarin manis (kupas kulit ari dan potong dadu)
1 biji pisang (hiris serong)
1 biji pir hijau (potong dadu dengan kulitnya)
1 biji limau nipis (ambil jusnya campur 2 sudu makan air)

Bahan-bahan sos:

250 ml susu cair rendah lemak
1/2 sudu kecil tepung maizena
1/2 sudu kecil esen limau
1/2 sudu kecil gula pasir

Cara-cara membuatnya:

Campurkan potongan buah dengan jus limau nipis. Gaul dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit. Panaskan sebentar susu dengan api kecil. Gaul bersama tepung maizena yang telah dicairkan dengan sedikit air. Tambahkan gula pasir. Jika mula pekat, segera alihkan dari api. Sejukkan, campurkan dengan esen limau, Gaul rata. Sajikan salad buah sejuk dengan siraman sos susu. Memanaskan susu jangan sampai mendidih kerana kepanasan yang melampau akan merosakkan asid lemak omega yang terkandung dalam susu. 

No comments:

Post a Comment