Monday, February 21, 2000

SOTO

Bahan-bahannya:

Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 org makan):


Bahan-bahan kisar halus:


Lengkuas 1 inci

Halia 1 inci

Bawang merah besar 4 biji

Bawang putih 1 ulas

Buah keras 1 biji

Bahan lain:


Ayam potong besar

Serai 2 batang (ketuk)

Minyak untuk menumis

Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)

Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)

Kiub ayam 1

Akar daun sup (potong dan cuci bersih)

Air 2 liter


Kalau tak mahu guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto.


Cara-caranya:


Tumis bahan kisar, serai dan akar daun sup sehingga naik bau dan garing. Masukkan serbuk sup dan kurma (atau rempah soto). Masukkan ayam. Agak-agak air ayam da hampir kering baru masukkan air. Masukkan kiub ayam, perasakan gula dan garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk diracik nanti).


Begedil Kentang:


Ubi kentang 5/6 biji buang kulit, potong kecil, rebus sampai empuk.

Lenyekkan dan masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat bulatkan kemudian leperkan sedikit. Telur 1 biji, lada sulah dan garam secukup rasa. Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. Kacau laju supaya bila goreng nanti jadi mcm bersarang. Cara goreng begedil supaya tak hancur, panaskan minyak agak agak tenggelam separuh begedil sahaja. Jangan tenggelam penuh. Panaskan dengan api yg kecil sehingga betul betul panas. Celup begedil dalam bancuhan telur kemudian goreng. Jangan dibalik balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing/kekuningan. Dah garing baru balikkan supaya tak pecah.



No comments:

Post a Comment