Monday, February 21, 2000

PASTA PENNE GORENG PEDAS

Bahan-bahannya:

1 peket sosej 

5 sudu besar sos tiram 

5 sudu besar kicap 

2 cawan mix vegetables 

Bahan kisar:


50 gram udang kering 

3 biji bawang merah 

3 ulas bawang putih 

10 biji cili kering 

5 biji cili api (ikut citarasa)


Cara-caranya:


Rebus pasta sampai lembut dan tos sekejap. Semasa merebus masukkan satu sudu kecil minyak ke dalam air rebusan pasta supaya pasta tidak melekat antara satu sama lain. Potong sosej menjadi kepingan kecil, boleh ditambah bahan-bahan lain seperti ayam, udang, daging dan sebagainya. Boleh juga digunakan sayur brokoli atau bunga kobis. Panaskan 4 sudu minyak dan tumiskan bahan dikisar tadi sampai naik bau. Kemudian masukkan sosej dan sayur campur dan terus kacau. Masukkan kicap, sos tiram dan pasta. Terus kacau supaya pasta bercampur mesra dengan bahan-bahan kuah/tumis. Akhir sekali boleh ditambahkan garam atau kicap jika pasta masih kurang masin. Terus mengacau supaya pasta tidak melekat pada kuali. Siap.



No comments:

Post a Comment