Tuesday, February 22, 2000

RESEPI SIAKAP STIM TAUCU

Bahan-bahannya:

1 ekor siakap (sederhana besar)

2 sudu besar taucu

2 sudu besar sos ikan

sedikit perahan jus limau

Bahan dihiris halus:


1 batang serai

2 ulas bawang putih

2 ulas bawang merah

2 cm halia

cili merah

1 biji tomato

daun ketumbar/ daun sup


Cara-caranya:


Gaulkan ikan bersama taucu, sos ikan dan sedikit garam. Taburkan bahan dihiris halus (kecuali tomato dan daun ketumbar). Kukus dalam pengukus selama 15 minit kemudian masukan tomato dan daun ketumbar/daun sup. Kukus lagi selama 5 minit. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Berhati-hati ketika memasukkan garam kerana taucu sudah mempunya rasa masin yg kuat.



No comments:

Post a Comment