Friday, January 28, 2000

BIHUN SUP UTARA

Bahan utama:

1 kg tulang dan daging
1 bungkus bihun

Bahan-bahan rempah tumis:

2 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
3 biji bunga lawang
3 tangkai cengkih

Bahan-bahan kisar:

5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan putih

Bahan-bahan potong dadu:

1/2 biji lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
2 biji tomato (potong 4)

Bahan-bahan sambal cili:

4 sudu makan serbuk cili dibancuh dengan sedikit air
3 biji bawang merah |dikisar.
3 ulas bawang putih| dikisar.
1/2 biji bawang besar |dikisar.
garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan hiasan:

200 gram lobak masin - dicelur
2 tangkai daun bawang
3 tangkai daun sup
Bawang goreng secukup rasa

Cara-cara memasaknya:

1. Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk.

2. Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.

3. Masukkan tulang, kacau dan biar sebentar. Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.

4. Bila sup sudah mula mendidih, masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.

5. Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa

6. Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.

Cara-cara memasak sambalnya:

1. Panaskan satu senduk minyak di dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.

2. Masukkan bancuhan serbuk cili dan masak sehingga pecah minyak.

3. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, lebihkan sedikit gula untuk rasa yang lebih sedap.

4. Sementara itu, rendam bihun di dalam air yang dicampur dengan satu sudu serbuk kunyit selama satu jam.

5. Apabila bihun sudah lembut tapis dan celurkan di dalam air yang panas mendidih selama beberapa minit, jangan terlalu lama kerana bihun akan menjadi lembik.

6. Kemudian bilas dengan air sejuk supaya proses memasak dihentikan,

7. Hidangkan bihun bersama bahan hiasan dan sup, selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment