Friday, January 28, 2000

AYAM GOLEK SAMBAL MERAH

Bahan-bahan ayam golek:

1 ekor ayam - bersih dan tos
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan sambal:

3 biji bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
6 cm halia - kisar
2 batang serai - kisar
3 sudu makan pes cili kering
100ml susu cair
1 sudu makan air asam jawa
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya  untuk menggoreng dan menumis

Bahan rempah menumis:

1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-cara memasak:

1. Untuk menyediakan ayam golek. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.

2. Panaskan pengukus, kukus ayam  lebih kurang 15 minit, angkat dan toskan.

3. Panaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas), goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan siapkan dalam pinggan hidangan.

4. Untuk menyediakan sambal.

5. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. Kacau rata.

6. Selepas beberapa minit, masukkan air asam jawa, susu cair, garam dan gula secukup rasa.

7. Kecilkan api, biarkan kuah sambal mereneh seketika dan timbul minyak.

8. Tutup api dan tuangkan sambal di atas ayam golek yang telah digoreng tadi.

No comments:

Post a Comment