Wednesday, January 12, 2000

SOTONG SUMBAT BAKAR

Bahan-bahannya:

Sotong saiz besar
Isi udang segengam
Telur 1 biji

Bahan-bahan sos:

5 ulas Cili kecil
4 sudu gula
Secubit garam
3 sudu cuka makan
3 ulas bawang putih
2 ulas Bawang merah
2 sudu kecil tepung jagung
Sedikit air
Hirisan daun ketumbar

Bahan-bahan kisar inti:

1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 hirisan Halia

Cara-cara memasaknya:

Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan kisar. Sumbat inti udang tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.

Bakar sotong sumbat tadi, bila sudah masak kelar sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.

Kisar dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.

Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan siap untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment