Wednesday, January 12, 2000

SOTONG GORENG REMPAH

Bahan-bahannya:

Sotong besar 3 ekor
1 sudu makan garam masala
1 sudu makan serbuk kari ikan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak masak
2 biji cili (hiris serong)
1 biji tomato (belah 6)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar:

2 ulas bawang putih (*)
2 ulas bawang merah (*)
2 cm halia (*)

Cara-cara memasaknya:

Bersihkan sotong, perap dengan garam masala dan rempah kari ikan. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili dan tomato. Gaul sebati. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing² jika mahu sotong lebih berkuah. Biarkan renih seketika. Perasakan dgn garam dan gula ikut selera masing2. Siap dihidangkan.

No comments:

Post a Comment