Friday, February 25, 2000

ROTI GULUNG SARDIN

Bahan-bahannya:

10-15 keping roti sandwich (potong tepi)

sardin (satu tin besar diasingkan sos dan isinya)

1 labu bawang besar (hiris halus)

2 tangkai cili merah (hiris halus) Cili padi (jika suka pedas)

2 biji telur dipukul

1 mangkuk bread crumb (berwarna putih)

2 sudu kecil jus limau kasturi

Cara-caranya:


Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, Roti hendaklah dilenyekkan dengan kayu pengelek. Ikan sardin dibelah 2 dan dibuang lendir berwarna hitam serta tulang, dihancur kemudian gaul dengan bahan diatas kecuali roti,telur dan bread crumb. Kemudian, letakkan sardin ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar. Kemudian lumurkan dengan telur yang telah dipukul seterusnya salut dengan bread crumb. goreng dengan minyak yang banyak (deep fry). Api jangan terlalu panas kerana bread crumb akan cepat menjadi hangus, masakkan sebentar kemudian toskan roti sardines roll.



No comments:

Post a Comment