Wednesday, February 23, 2000

MEE WANTAN KICAP DAN LADU (DUMPLING)

Bahan-bahannya: 

Bahan ladu:


Kulit ladu segera (beli di pasaraya)

2 keping dada ayam (dicincang)

isi udang (dicincang)

1 biji telur

1/2 biji bawang holand (diracik)

1 sudu kecil lada sulah

2 sudu besar tepung jagung

1 sudu besar minyak bawang putih

1 sk garam

daun bawang (diracik halus)

Cara-caranya:


Gaulkan semua bahan di atas sampai sebati. Ambil kulit ladu, letakkan isi yang digaul tadi di tengah-tengah kulit. Letakkan sedikit air dikeliling kulit dan bunjuntkan. Kukus dalam 4 atau 5 minit. Jangan lupa sapukan minyak pada periuk kukusan untuk mengelakkan ladu melekat semasa mengukus.


Bahan sup jernih:


3 atau 4 cawan air

Tulang ayam (lebihan dari dada ayam tadi)

Bebola ikan

Ladu yang telah dikukus

1/2 kiub ayam

1 sudu teh lada sulah

1 cm halia (dihiris nipis)

2 sudu besar minyak bawang putih

Garam cukup rasa

Daun bawang


Cara-caranya:


Masak semua bahan di atas sampai didih (kecuali bebola dan ladu). Akhir sekali baru masukkan bebola dan dumpling. Biar mendidih sekejap. Padamkan api.


Bahan mee kicap:


1 paket mee wantan

4 sudu makan kicap pekat

2 sudu makan kicap cair/manis

2 sudu makan sos tiram

2 sudu teh lada sulah


Cara-caranya:


Celur mee wantan dengan air panas dan toskan. Gaulkan dengan semua bahan-bahan diatas. Ketepikan. Hidangkan mee tadi bersama ladu goreng, cili jeruk, sayur kailan celur dan sup jernih.



No comments:

Post a Comment