Wednesday, February 23, 2000

MEE HOKKIEN

Bahan-bahannya:

1 - 2 peket mee kering (direbus dan ditoskan)

1/2 cawan hirisan daging ayam

6 - 7 ekor udang (dibuang kulit)

2 cawan daun sawi (dipotong)

1 - 2 sudu besar cili boh

2 ulas bawang putih (dicincang)

1 ulas bawang merah (dihiris nipis)

3 sudu besar sos tiram

1 sudu gula

2 sudu sos ikan

1 sudu besar kicap cair

2 sudu besar kicap manis

Serbuk lada hitam dan lada sulah

1/2 cawan air

Minyak

Cara-caranya:


Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili boh dan masak sehingga garing. Selepas itu masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair, sos ikan dan gula. Masak seketika lebih kurang 1-2 minit. Masukkan air. Kemudian masukkan daging ayam dan udang. Biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit. Selepas itu, masukkan mi dan sayur sawi, gaul sebati. Perasakan secukupnya dengan lada hitam dan lada sulah. Boleh masukkan sayuran dan daging/makanan laut pilihan anda.



No comments:

Post a Comment