Wednesday, February 23, 2000

ROTI PIZZA

Bahan-bahannya:

1 buku roti

tomato puri

cheddar cheese

sosej

cendawan butang

lada benggala

kepingan ayam

mozarella cheese

Cara-caranya:


Dapatkan 1 buku roti. Susun dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato puri. Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi. Kemudian, letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada benggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing. Pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi. Akhir sekali, taburkan mozarela cheese. Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit. Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi. 



No comments:

Post a Comment