Thursday, February 24, 2000

MEE KARI

Bahan-bahannya:

1 bungkus mee

3 peket kecil serbuk kari daging (campur dengan sedikit air).

2 pelepah daun kari

Udang sederhana besar

1 kg kerang - direbus hingga air mendidih aje, tutup api dan perisikan.(kalau rebus lama, rasa manis kerang akan hilang)

1 mangkuk santan

Bahan tumbuk:


3 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

Segenggam udang pepai (geragau)


Bahan hiris:


Isi ayam

Daging

Bebola ikan


Bahan hiasan:


Tauhu (goreng dan hiris).

3 pokok sawi

Cili merah

Daun sup/daun bawang

Taugeh


Cara-caranya:


Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan serbuk kari dan daun kari. Tumis hingga kari betul betul masak. Masukkan daging dan ayam, gaul hingga daging layu. Masukkan santan dan air secukupnya. Biar hingga mendidih. Kalau lebih suka lemak, boleh tambah santan. Masukkan bebola ikan dan kerang. Biar mendidih dan daging empuk. Akhir sekali masukkan udang, garam dan serbuk perasa. Masak sebentar sahaja untuk mengekalkan manis udang. Didihkan air dalam periuk berasingan. Sementara tu cuci mee 3 kali untuk buang rasa kapur mee. Toskan. Masukkan dalam besen dan tuang air mendidih tadi. Gaul 2 minit je dan toskan. Celur juga sayur sawi dan taugeh secara berasingan. Hidangkan. Jangan masak sayur sekali dalam kuah kari. Nanti kuah cepat basi. Kalau takde sayur dalam kuah tu, kuah boleh bertahan lama.



No comments:

Post a Comment