Saturday, February 19, 2000

GULAI TEMPOYAK UDANG PETAI

Bahan-bahannya:

20 ekor udang sederhana besar

1-2 papan petai

4 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

3-5 sudu besar tempoyak

5-10 biji cili padi

Air

1 inci kunyit hidup

2 helai daun kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya:


Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga kunyit hidup. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama tempoyak dan juga air. Biar hingga menggelegak dan kuah likat mengikut tahap yang anda gemari. Kecilkan api dan masukkan udang, petai, garam dan gula sekiranya perlu. Masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh dan telah dihiris nipis atau disiat dua sahaja. Biar mereneh seketika. Masukkan garam dan gula secukup rasa.



No comments:

Post a Comment