Saturday, January 22, 2000

PECEL CEKUR IKAN KELI

Bahan-bahannya:

5 ekor ikan keli
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu akar cekur
5 helai daun cekur
1 helai daun kunyit
1 kotak santan
10 biji cili padi
Garam, gula dan perasa

Cara-cara memasaknya:

Ikan keli disiang, dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa kira-kira 20 minit. Kemudian dibilas dengan air biasa, ditoreh badannya dan dilumur kunyit. Kemudian dibakar hingga ¾ masak. Tepikan. Tumbuk bawang putih, bawang merah, buah akar cekur, cili api dan belacan. Kalau tak mahu guna cili padi, boleh guna cili hidup ikut selesa pedasnya. Mayang daun cekur dan daun kunyit, halus-halus. Tumis bahan tumbuk guna sedikit minyak hingga wangi. Kemudian masukkan 1 kotak santan dan tambah air anggaran satu kotak. Masak hingga mendidih. Bubuh garam dan gula dan masukkan daun-daun yang dimayang halus tadi. Kemudian masukkan perlahan-lahan ikan keli bakar tadi ke dalam kuah, perlahankan api dan kaup curah kuah keatas ikan. Hidang panas-panas dengan nasi putih.

Boleh guna ikan lain seperti ikan pari atau ayam. Ayam itu jugak harus dibakar sama macam bakar ikan. Kalau tidak dapat membakar Ikan keli, goreng dulu pun boleh. Tapi tidak akan dapat rasa keenakan aroma ikan yang telah dibakar guna arang. Lagi pedas lauk ini, lagi sedap. Ada orang buat, kuah yang sudah siap dimasak, dicurahkan keatas ikan bakar. Cara apapun boleh.

No comments:

Post a Comment