Saturday, January 22, 2000

IKAN MASAK OMPOK

Bahan-bahannya:

600 gm ikan patin atau tenggiri

Bahan-bahan A:

2 cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
50 gm daun kesum, ambil daun sahaja
2 helai daun kunyit, disiat siat
5 keping asam gelugur
air sejuk

Bahan-bahan B (dikisar):

15 biji lada merah
15 biji lada kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5 cm belacan
2.5 cm kunyit basah
25 gm lada hitam

Cara-cara memasaknya:

Siang ikan dan bersihkan seperti biasa (basuh dengan garam dan asam jawa). campurkan bahan-bahan kisar dengan 250 ml air. Masukkan garam secukupnya. Jerangkan di atas api yang sederhana hingga ia masak. Masukkan ikan, kacau rata-rata dan masukkan pula daun kesum dan daun kunyit. masak lagi hingga sebati dan pekat.

Tambahan: Masakan ini lebih sesuai guna periuk tanah. Untuk lebih sedap susun bahan A didasar periuk, gaul ikan dengan bahan B, susun dan tuang air sekadar ikan tenggelam sahaja. Tutup periuk, masak dengan api perlahan hingga masak. Tahan 1 bulan jika sentiasa di hangatkan.

No comments:

Post a Comment