Saturday, January 22, 2000

IKAN KERISI MASAK TAUCHU

Bahan-bahannya:

Ikan kerisi
2 sudu besar tauchu
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
4 biji lada besar merah (hiris)
1 inci halia (hiris)
air asam jawa
1 cawan air
3 biji cili padi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara memasaknya:

Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng dahulu dan ditoskan. Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili padi. Kemudian masukkan tauchu, dikacau sebentar sebelum masukkan air, air asam jawa. Masak hingga mendidih dan masukkan garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan sekejap sahaja. Sesuaikan rasa, jika air kurang boleh ditambah air. Siap.

No comments:

Post a Comment