Sunday, January 16, 2000

NASI BERIYANI KARI KAMBING ADABI

Bahan-bahannya:

- 6 cawan beras basmathi (dicuci dan direndam selama setengah jam)
- 2 1/2 sudu mentega atau minyak sapi atau kedua duanya
- Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)
- Satu biji bawang besar atau empat biji bawang merah
- Empat biji tomota sederhana besar (dipotong dadu)
- 4 tin kari kambing adabi
- Garam dan perasa
- Seikat daun pandan

Bahan-bahan hiasan: kismis, gajus, daun sup, daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng.

Cara-cara memasaknya:

Panaskan mentega. Masukkan rempah tumis dan bawang merah dan tumiskan sampai sedikit garing. Masukkan 4 biji tomato yg dipotong dadu kecil dan tumiskan lagi. Sediakan 4 tin kari kambing adabi. Masukkan kari kambing adabi dan teruskan tumis. Masukkan garam dan perasa jika perlu (biasanya kari kambing tin sudah dicampur garam dan perasa). Masukkan 6 cawan air. Masukkan 1 tin susu cair. Kacau rata dan biarkan mendidih. 

Setelah mendidih, biarkan kuah menjadi sejuk dahulu baru pindahkan ke periuk nasi elektrik. Setelah sejuk dan pindah ke periuk elektrik, masukkan beras basmathi, sukat air, masukkan daun pandan dan biarkan sehingga masak. Selepas nasi masak, tabur kismis, gajus dan daun sup, daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng, tutup periuk dan biarkan tanak sebentar. Siap. 

No comments:

Post a Comment