Sunday, January 16, 2000

RENDANG PEDAS KERANG

Bahan-bahannya:

3kg kerang - gosok dengan berus sabut, basuh bersih dengan air mengalir, tuang air panas, tutup 10 minit, ambil isi.

Santan - 1 biji kelapa
3 sudu makan kerisik
2 keping asam
3 helai daun kunyit - hiris halus

Bahan kisar:

5 biji bawang merah
2 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai - ambil bahagian dalam putih sahaja
10 biji cili api
10 tangkai cili kering - buang biji, rebus dan kisar halus

Cara-cara memasaknya: 

Panaskan minyak dalam 1/2 cawan, masukan bahan kisar. Tumis sampai kering dan pecah minyak. Masukan santan, biarkan mereneh dengan api perlahan. Masukan kerisik dan asam keping, reneh sampai pekat. Masukan isi kerang dan keringkan rendang dengan api perlahan. Masukan daun kunyit yang di hiris halus dan rasakan dengan garam.

No comments:

Post a Comment