Thursday, January 27, 2000

LAKSAM KELANTAN

Bahan-bahannya:

360 gm tepung beras
6 sudu makan tepung jagung
1500 ml air
½ sudu teh garam
3 biji telur rebus - dihiris
Daun salad secukupnya - dihiris
½ batang timun - dihiris
4 tangkai kacang panjang - dihiris
Sambal belacan secukupnya

Bahan-bahan kuah:

3 ekor ikan sardin
250 ml santan
4 ulas bawang putih - dikisar
1/2 biji bawang besar - dikisar
2.5 cm halia - dikisar
2.5 cm lengkuas
1 batang serai - dikisar
2 sudu makan kerisik
2 kiub pati ayam
Lada sulah secukupnya
Asam keping secukupnya
Air secukupnya

Cara-cara memasaknya:

1. Masukkan tepung beras, tepung jagung dan garam ke dalam bekas adunan. Masukkan air sedikit demi sedikit bancuh sehingga menjadi sebati. Biarkan selama setengah jam.

2. Sediakan pengukus. Sapukan minyak pada loyang dan letakkan di dalam pengukus. Tuang dua senduk adunan. Kukus sampai agak keras dan tidak berair.

3. Keluarkan dan terus gulung bila sudah suam. Lakukan sehingga adunan habis.

4. Untuk kuahnya, rebus ikan sampai masak. Buang tulang dan ketepikan.

5. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumis bahanbahan yang telah dikisar sehingga wangi.

6. Selepas itu masukkan lada sulah, asam keping, kerisik dan lengkuas. Kacau lagi.Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi yang telah ditapis ke dalam periuk.

7. Isi ikan dikisar sehingga halus dan dimasukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan tadi. Kacau sebati. 8. Apabila sudah mendidih, masukkan santan dan kiub. Kacau lagi hingga mendidih.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

9. Ketika menghidang, potong-potongkan laksam dan masukkan ke dalam pinggan bersama bahan-bahan lain.Tuangkan kuah dan sedia dinikmati.

No comments:

Post a Comment