Monday, January 17, 2000

KUEY TEOW LADNA

Bahan-bahannya:

- 4 paket kuey teow (leraikan)
- 2 sudu sos tiram
- 1/2 cawan kicap lemak manis
- 1 sudu sos ikan
- Sedikit air
- 1 biji limau nipis (ambil jus sahaja)
- Sayuran pilihan (cendawan hitam yang direndam sampai kembang dan digunting, kailan, kobis cina, carrot dan cendawan enoki)
- 4 sudu tepung jagung bancuh dengan 1/2 cawan air.
- satu batang karot di cincang
- kailan (dan batangnya)
- kobis cina

Bahan kuah:

6 ulas bawang putih (cincang halus)
Sedikit minyak untuk menumis
1 cawan isi ayam hiris
1 cawan daging (dah direbus empuk dan hiris)
1 paket serbuk mee sup
Air secukupnya (dalam 3 ke 4 cawan)
2 biji telur
2 sudu sos ikan

Cara-cara membuatnya:

Mula-mula buat kuey teow dulu. Panaskan kuali, masukkan semua kuey teow. Gaul kicap, sos tiram dan sos ikan dan tuangkan ke dalam kuey teow. Kacau guna api kecil sampai semua sebati dan hampir masak. Tutup api, angkat. Sekarang buat kuah. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga keperangan dan naik bau. Masukkan ayam dan daging. Kacau. Masukkan air. Tambah serbuk mee sup, carrot dan batang kailan. Perasakan dengan sos ikan. Kacau dan biar mendidih. Masukkan cendawan hitam. Kacau. Bila semua sudah mendidih, masukkan kailan dan kobis cina yang dipotong. Tambahkan telur. Kacau perlahan. Masukkan air tepung jagung dan kacau sampai pekat dan mendidih. Tutup api. Tuang kuah atas kuey teow. Makan dengan cili potong dan sos ikan.

No comments:

Post a Comment