Monday, January 17, 2000

KUEY TEOW GORENG CINA

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan A:

1/2 kg kuey teow
3 biji telur - pukul hancur sahaja
Tauge secukupnya
Daun kucai jika suka

Bahan-bahan B:

5-7 ulas bawang putih (cincang halus)
Udang dan sotong
minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan C:

1/2 sudu makan sos tiram
1/2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh kicap pekat manis
1/2 sudu teh kicap pekat
1/2 sudu teh pitis otak udang
1 sudu makan sos cili

Cara-cara memasaknya:

Tumis bahan B, bawang dahulu sehinnga kuning dan masukan udang. Biarkan sekejap sehinnga udang bertukar warna. Kemudian masukan bahan A kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehinnga telur kering. Kemudian masukan bahan C dan goreng lagi sehingga sebati pada mee dan akhir sekali masukan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api. Penggunaan api mesti sederhana supaya kuey teaw tidak hancur.

No comments:

Post a Comment