Sunday, January 23, 2000

AYAM GORENG MASALA

Bahan-bahannya:

Bahan-bahan perap:

1 kg ayam dipotong kecil (16 bahagian)
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu besar garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk cili

Bahan-bahan tumis:

1 biji bawang besar (dimayang)
5 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 inci halia (ditumbuk halus)
1 biji tomato (dicincang halus)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk garam masala
1 sudu besar keju (butter)
4 biji cili api hijau (dipotong dua)
2 sudu besar daun ketumbar (dicincang)

Cara-cara memasaknya:

Sediakan ayam dalam mangkuk, taburkan air limau nipis, garam, serbuk kunyit dan serbuk cili. Gaul rata dan rehatkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga keperang2an. Kemudian angkat dan ketepikan. 

Tumiskan bawang putih an halia sehingga naik bau, kemudian masukkan ayam yang digaul rempah tadi. Gaul dan masak selama 10 minit dengan api besar. Masukkan tomato dan gaul lagi. Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk garam masala dan gaul rata. Masak selama 5 minit dengan air besar. 

Tutupkan kuali dan biarkan masak dengan api kecil selama 15 minit. Kacaukan sebentar sebentar. Selepas 15 minit, taburkan bawang besar yg telah digoreng awal tadi. Kacau dan tutup lagi dan teruskan masak dengan api kecil selama 10 minit. Masukkan keju, cili hijau dan daun ketumbar. Kacau sebentar. Siap. Boleh dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment