Sunday, January 23, 2000

SUP IKAN MERAH

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan merah anggaran 800grm
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
1 bungkus sup bunjut ikan (atau rempah sup)
Garam secukup rasa
Daun sup
Air secukupnya

Bahan-bahan tumis:

2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 biji lada hitam
5 biji cili api dititk

Cara-cara memasaknya:

Bersihkan ikan dan dipotong menjadi beberapa bahagian. Mayang halus bawang, halia dan lengkuas. Tomato dipotong empat. Panaskan minyak dan tumis semua yang dimayang tadi dan cili api sehingga naik bau. Sekiranya menggunakan rempah sup, masukkan dan tumis sebentar saja. Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk dan masukkan sup bunjut. Masukkan ikan dan biarkan sampai mendidih. Masukkan jus perahan limau nipis. Masukkan garam dan kacau sup sekali-sekali dan boleh dimasukkan tomato, bila buah tomato nampak layu boleh la ditutup api dapur dan tabur daun sup yang sudah di potong halus ke dalam sup.

No comments:

Post a Comment