Monday, February 7, 2000

RESEPI ONDEH-ONDEH (BUAH MELAKA)

Bahan-bahannya:

Satu kampit tepung pulut
5 helai daun pandan (jus pandan secukupnya)
Gula melaka (potong kecil atau gula merah)
1/2 biji kelapa muda parut (ambil bahagian putih sahaja)
Sedikit garam (untuk gaul dengan kelapa parut)
Sedikit kapur masak

Cara-cara membuatnya:

Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment