Monday, February 7, 2000

NASI TOMATO

Bahan-bahannya:

7 cawan beras basmati basuh dan rendam selama 1/2 jam
10 1/2 cawan air biasa
1 tin susu cair
1 tin tomato puree

2 labu bawang holand
4 biji tomato
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
Sedikit minyak sapi
Sedikit minyak masak biasa
Gula dan garam
Akar daun ketumbar

Cara-cara memasaknya:

Bahan tumis:

Panaskan minyak biasa  dan minyak sapi. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan bawang holand, tomato dan akar daun ketumbar. Tumis hingga wangi dan sedikit garing. Masukkan susu dan tomato puree. Masak hingga mendidih tambah gula dan garam. Biarkan sejuk. 

Alih kan ke dapur elektrik utk masak nasi. Masukkan 10 1/2 cawan air dan bahan yg telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yg telah direndam dan kacau sedikit. Tekan cook, masak seperti biasa. Bila masak tabur bawang goreng dan daun ketumbar. Boleh jgk tabur kismis jika suka. Sila guna cawan sama sukat air dan beras. Nisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air.

No comments:

Post a Comment