Sunday, February 27, 2000

IKAN SIAKAP MASAK KENGSOM

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap

1/2 biji nenas 

kangkung

2 batang serai (ketuk)

1 biji limau nipis

garam dan gula

Bahan kisar:


2 tangkai cili merah

8 tangkai cili padi

1 biji bawang besar

6 ulas bawang putih

Sedikit belacan

1 inci kunyit hidup


Cara-caranya:


Masukkan bahan kisar dan air secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Masukkan nenas dan serai. Masak hingga mendidih seketika, sebelum dimasukkan ikan.  Setelah ikan masak, masukkan garam dan gula. Tutup api dan masukkan kangkung kerana mahu kangkung yang masih rangup. Masukkan perahan jus limau. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan. 



No comments:

Post a Comment