Sunday, February 27, 2000

AYAM BAKAR MEDITERRANIAN

Bahan-bahannya:

seekor ayam (dibelah 4)

4 sudu makan lada hitam (ditumbuk)

4 sudu serbuk cili

1 kiub ayam

5 sudu makan kicap

5 sudu makan sos cili

4 sudu makan gula

2 sudu makan madu

herba campuran (secukupnya)

1 sudu makan jintan manis 

sebiji lemon (ambil jus)

6 sudu minyak masak (lebih sedap guna planta)

4 biji kentang 

1 batang lobak merah

Cara-caranya:


Campurkan semua bahan bahan di atas kemudian lumurkan pada ayam dan diamkan selama setengah jam. Potong dada kentang dan lobak kemudian gaul bersama rempah ayam tadi. Kemudian bakar ayam, kentang dan lobak merah di dalam oven selama satu jam dengan kepanasaan antara 150 - 200 darjah celcius. Semasa membakar, jus dari ayam yang keluar boleh digunakan sebagai kuah. Siap. 



No comments:

Post a Comment