Tuesday, February 29, 2000

SUP IKAN SIAKAP LADA HITAM

Bahan-bahannya:

1 ekor ikan siakap sederhana besar (gaul dengan sedikit garam)

1 inci halia (dihiris)

1 keping asam gelugur

1 sudu besar sos ikan nampla

1 sudu teh perencah sup

1 batang serai (ketuk)

Garam dan perisa lain ikut suka

Bahan tumbuk lumat:


3 biji bawang putih

3 biji bawang merah (sederhana)

1 inci halia

1/2 sudu teh biji ketumbar

1/2 sudu teh jintan putih

1/2 sudu teh jintan manis

1 sudu teh lada hitam

sedikit je lengkuas


Rempah penumis:


1 batang kulit kayu manis

2 biji cengkih

2 kuntum bunga lawang


Bahan hiasan:


Tomato belah 4, sedikit hirisan bawang besar, bendi, hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


Cara-caranya:


Panaskan sedikit minyak, masukkan rempah tumis (Kayu manis, cengkih, bunga lawang). Masukkan bahan tumbuk dan serai (diketuk) goreng hingga naik bau. Tambahkan air dan masukkan sedikit perencah sup dan asam keping, masukkan garam, perasa dan sos ikan juga dan hirisan halia dan hirisan bawang besar, biar mendidih lama sedikit. Masukkan bendi sekali dengan ikan siakap dan tomato last sekali dan biarkan masak di antara 3/4 minit sahaja (tak boleh lama nanti ikan cepat hancur). Sesuaikan rasa. Padamkan api dapur. Taburkan daun bawang daun sup dan bawang goreng. Jika nak masam2 sket perahkan limau. Siap.



No comments:

Post a Comment