Bahan-bahan untuk ikan:
isi ikan (dipotong kiub)
garam, lada putih dan tepung jagung, telur (digaul dengan ikan kemudian goreng hingga garing)
Bahan-bahan kuah:
50 gram kacang gajus (digoreng terdahulu)
10 biji cili kering (dipotang lebar-lebar)
1 biji cili bengala (dipotong dadu)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
4 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3 cm halia (ditumbuk halus)
2 sudu sos cili, sos tiram, kicap
Cara-caranya:
Tumis bawang besar, bawang putih, halia, cili kering. Masukkan cili benggala, sos tiram, sos cili, kicap dan sedikit air sekiranya terlalu kering. Tambah air jika suka berkuah. Kalau terlebih air letak tepung jagung sikit. Bila semuanya sudah sebati bolehlah masukkan kacang gajus, isi ikan kacau seketika dan siap untuk dihidang. (Letak bijan untuk hiasan - pilihan).
No comments:
Post a Comment