Tuesday, February 29, 2000

NASI KERABU

Bahan-bahannya:

(1). Nasi:


3 cawan beras

4 cawan air atau bergantung pada beras yg kita guna

1 batang serai dketuk

10 kuntum bunga talang (ditumbuk dan diperah airnya)

sedikit pewarna biru

Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama sama serai, air bunga talang dan pewarna biru.


(2). Sambal kelapa/ikan:


1/2 biji kelapa parut (ditumbuk sedikit)

2 - 3 ikan kembung/selayang (dipanggang)

4 ulas bawang merah

1 1/2 cm halia

1 batang serai (hiris)

1 sudu kecil lada hitam

garam dan gula secukup rasa


Tumbuk bawang merah, halia, serai dan lada hitam kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat. Kemudian campurkan dengan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.


(3). Kuah Sambal:


5 batang cili kering (*)

5 ulas bawang merah (*)

2 ulas bawang putih (*)

2 inci belacan (* - bakar dulu)

1 1/2 inci halia (*)

1 batang serai (titik)

gula merah dan serbuk perasa jika suka

2 cawan santan

asam keping

garam


Tumbuk bahan yg bertanda (*). Didihkan santan hingga pecah minyak dan pekat. Masukkan bahan tumbuk, serai, gula merah dan asam keping. Didihkan lagi hingga kuah agak pekat dan kering. Sesuaikan rasa dan angkat.


(4). Solok Lada:


10 biji lada hijau (potong jangan putus dan buang biji)

1/2 biji kelapa parut putih

4 ulas bawang merah

1 1/2 cm halia

sedikit lada hitam (tumbuk)

2 - 3 ekor ikan kembung (ambil isi sahaja)

sedikit garam, gula dan perasa


Tumbuk bawang, lada hitam dan halia hingga lumat dan masukkan garam, gula dan isi ikan. Tumbuk lagi hingga lumat. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan. Sumbatkan ke dalam lada hijau, susun ke dalam periuk kukus. Kukus hingga masak.


(5). Daging Panggang - boleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka


daging lembu gred A atau daging batang pinang

garam

lada hitam


Gaulkan daging dengan garam dan lada hitam, panggang dengan suhu 200 darjah celsius selama 45 minit atau hingga daging masak.


Ulam-ulaman dan bahan lain:


kacang panjang

taugeh

timun

daun kesum

kubis

bunga kantan

telur masin

keropok ikan

sambal belacan



No comments:

Post a Comment