Friday, February 18, 2000

ROTI JOHN

Bahan-bahannya:

425 gram sardin dalam sos tomato
2 bawang merah sederhana (dicincang halus)
3 biji cili merah panjang (dihiris)
2 baguette atau mana-mana roti keras, dipotong 4 dan dan dihiris
5 telur, dipukul
Garam dan lada sulah secukup rasa
minyak masak 2 sudu besar
1 timun, dihiris
tomato dan sos cili, pilihan
mayonis (pilihan)

Cara-cara memasaknya:

Lenyekkan sardin. Tambah bawang yang telah dicincang, hirisan cili merah dan telur yang telah dipukul. Tambah dengan garam dan lada. Bakar roti atas kuali non stick sehingga perang garing dan keemasan. Ketepikan. Tambah minyak ke dalam kuali dan goreng campuran sardin. Ketika campuran masih berair tetapi hampir utuh, tekan sekeping roti perlahan-lahan sehingga campuran melekat pada roti. Selepas satu minit, terbalikkan roti. Ulangi dengan semua roti. Hidangkan dengan timun, mayo, tomato dan sos cili.

No comments:

Post a Comment