Friday, February 4, 2000

RENDANG AYAM HIJAU

Bahan-bahannya:

1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit (buang urat dan hiris halus)
1/2 cawan minyak untuk menumis
sedikit air jika perlu

Bahan kisar:

4 batang serai (hiris halus)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
4 tangkai cili hijau
10 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara-cara memasaknya:

Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga garing. Kemudian masukkan ayam dan kacau hingga rata. Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit. Bila cukup kering, bolehlah diangkat. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment